Saturday 26 February 2011

ekonomi

Kegiatan sosio-ekonomi di sekitar USP MCMC Kampung Muara Tuang
Kampung Muara Tuang menempatkan lebih kurang 1068 orang penduduk yang terbahagi kepada lebih kurang 117 buah keluarga. Kampung yang telah diasaskan oleh Dato’ Traoh ini mempunyai keunikan yang tersendiri berdasarkan kedudukannya yang berdekatan dengan muara sungai. Perkhidmatan feri kerajaan yang telah beroperasi sejak tahun 1980an menjadikan kampung ini antara tempat tumpuan penduduk sekitar Kuching Samarahan. Ini kerana feri merupakan penghubung utama dari Kuching, Kota Samarahan ke daerah Asajaya dan Sadong Jaya. Walaubagaimanapun kegiatan perikanan tidak pernah dijalankan di sekitarnya memandangkan kegiatan sosio-ekonomi yang begitu cepat berubah dan penduduk lebih tertumpu pada pusat bandar Kuching.

Kebanyakan penduduk kampung Muara Tuang terlibat dalam sektor kerajaan, dan swasta. Manakala sesetengah penduduk lebih selesa bekerja sendiri dan menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Di kalangan warga emas di sini, mereka lebih giat dalam penanaman padi huma yang terletak di hujung kampung yang menempatkan kuarters kerajaan. Bagi warga emas Kampung Muara Tuang, mereka merasa puas berbakti pada tanah walaupun hasilnya tidak terlalu lumayan dan ia adalah salah satu cara mereka untuk memenuhi masa yang terluang.

Oleh kerana kedudukannya berdekatan dengan institusi-institusi pendidikan, rata-rata anak muda kampung juga terlibat dalam sektor pendidikan. Ramai juga di kalangan mereka adalah guru, pensyarah dan pegawai serta pekerja di institusi-institusi tersebut.

Bangunan gerai/pasar yang didirikan untuk penduduk setempat berniaga
Kilang-kilang yang dibangunkan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat
Penanaman padi huma secara kecil-kecilan sebagai saraan hidup sebahagian penduduk kampung.

No comments:

Post a Comment