Saturday 26 February 2011

kesihatan

ekonomi

Kegiatan sosio-ekonomi di sekitar USP MCMC Kampung Muara Tuang
Kampung Muara Tuang menempatkan lebih kurang 1068 orang penduduk yang terbahagi kepada lebih kurang 117 buah keluarga. Kampung yang telah diasaskan oleh Dato’ Traoh ini mempunyai keunikan yang tersendiri berdasarkan kedudukannya yang berdekatan dengan muara sungai. Perkhidmatan feri kerajaan yang telah beroperasi sejak tahun 1980an menjadikan kampung ini antara tempat tumpuan penduduk sekitar Kuching Samarahan. Ini kerana feri merupakan penghubung utama dari Kuching, Kota Samarahan ke daerah Asajaya dan Sadong Jaya. Walaubagaimanapun kegiatan perikanan tidak pernah dijalankan di sekitarnya memandangkan kegiatan sosio-ekonomi yang begitu cepat berubah dan penduduk lebih tertumpu pada pusat bandar Kuching.

Kebanyakan penduduk kampung Muara Tuang terlibat dalam sektor kerajaan, dan swasta. Manakala sesetengah penduduk lebih selesa bekerja sendiri dan menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Di kalangan warga emas di sini, mereka lebih giat dalam penanaman padi huma yang terletak di hujung kampung yang menempatkan kuarters kerajaan. Bagi warga emas Kampung Muara Tuang, mereka merasa puas berbakti pada tanah walaupun hasilnya tidak terlalu lumayan dan ia adalah salah satu cara mereka untuk memenuhi masa yang terluang.

Oleh kerana kedudukannya berdekatan dengan institusi-institusi pendidikan, rata-rata anak muda kampung juga terlibat dalam sektor pendidikan. Ramai juga di kalangan mereka adalah guru, pensyarah dan pegawai serta pekerja di institusi-institusi tersebut.

Bangunan gerai/pasar yang didirikan untuk penduduk setempat berniaga
Kilang-kilang yang dibangunkan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat
Penanaman padi huma secara kecil-kecilan sebagai saraan hidup sebahagian penduduk kampung.

pelancongan

Pelancongan

Di lihat dari sektor pelancongan, Bahagian Samarahan turut menawarkan produk pelancongan yang menarik terutama di kawasan-kawasan pesisir pantai (homestay, memancing di laut) dan pedalamannya (jungle tracking dan gua). Sasaran untuk menarik kunjungan pelancong tempatan mungkin akan menjadi kenyataan memandangkan kawasan-kawasan tarikan pelancongan di Bahagian ini mudah dihubungi dengan kenderaan dan terletak tidak jauh dari bandaraya Kuching.



Friday 25 February 2011

Selamat Datang ke Perpustakaan Awam SAMARAHAN
Laman Web Komuniti - LWK Perpustakaan Awam Cawangan Samarahan adalah satu pendekatan dalam merapatkan jurang digital komuniti setempat dalam pembangunan Teknologi ICT. Dengan adanya laman web ini diharap Komuniti terdedah dengan segala maklumat dalam merentas era Teknologi ICT. Projek Perpustakaan Jalur Lebar ini adalah inisiatif terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
 

Thursday 24 February 2011

pengenal

COMMUNITY BROADBAND LIBRARIES
In 2006, the Malaysian Communications and Multimedia Commission (SKMM) identified the provision of broadband internet access to libraries as a project to be implemented by under the Universal Service Provision (USP) programme.
The purpose of the implementation is to provide Internet access to consumers in underserved areas throughout the country. Initially, the focus of the project is to assist libraries in providing facilities to the marginalized community of digital development in rural areas through access to communication and training.
In accordance with the plans and targets set under the National Broadband Implementation Plan and the MyICMS 886 Strategy, the implementation of this project is expected to open up digital opportunities to rural communities. This project also aims to expand the functions of library staff from only focusing on the physical books and resources in a library's possesion to encompass electronic and internet-based resources and thus empowering them to be an agent of change in improving the socio economic conditions of society through new ways of learning facilitated by the Internet.
Libraries have been selected based on information received from the Perpustakaan Negara Malaysia and respective State Library Corporations. SKMM has appointed the Public Works Department (PWD) for the purpose of monitoring Community Broadband Libraries projects.



In 2006, 78 libraries located in 89 underserved districts were shortlisted for the Community Broadband Library Initiative under the Universal Service Provision (USP) programme. After a thorough assessment was conducted of proposals submitted 44 libraries were selected for implementation...